Home

                                    PENDAHULUAN

Syarikat kami adalah sebuah syarikat yang diiktiraf sebagai Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Nombor rujukan : 357-02147326 ), ditubuhkan pada 23hb Oktober 2009. Sehingga kini kami telah dengan jayanya memberikan perkhidmatan kepada banyak agensi-agensi kerajaan di dalam bidang Teknologi Maklumat.  

MATLAMAT SYARIKAT

Syarikat ditubuhkan atas dasar bagi membawa masuk teknologi-teknologi terkini, untuk digunapakai bersama oleh individu-individu di dalam pelbagai sektor, terutamanya bagi teknologi yang melibatkan teknologi maklumat, yang mana amat diperlukan bagi membina sebuah negara maju. Dengan tujuan dan visi tersebut, negara kita tidak akan ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain.

Misi syarikat pula adalah bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi individu-individu yang berminat di dalam bidang teknologi yang kami sebutkan tadi.

Juga, kami berazam untuk memberikan tunjukajar secara percuma kepada golongan rakyat yang kurang bernasib baik bagi memastikan mereka mempunyai peluang cerah untuk berkembang maju, setara dengan golongan lain.

Aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah :

  1. Membekal sistem dan perkhidmatan DMS (Document Management System),
  2. Membekal perkakasan, perisian dan aksesori komputer,
  3. Menyelenggara dan membaiki komputer,
  4. Membaikpulih notebook, monitor dan unit power supply,
  5. Memasang, mengenalpasti kerosakan (troubleshooting) dan membaikpulih sistem rangkaian komputer (networking),
  6. Penyimpanan data,
  7. Keselamatan dan aplikasi,
  8. Sistem keselamatan seperti penggera pencerobohan (intruder alarm),
  9. Sistem kamera kawalan tertutup (CCTV),
  10. Access control (door lock and time attendance system), dan sistem interkom.